Skip to main content

EM Agromangkin Kediaman



 Agromangkin Kediaman

Kediaman

EM adalah sejenis cecair yang mempunyai 
kandungan asidik yang tinggi dan akan 
membiakkan mikrob-mikrob yang berfaedah. 
Dengan adanya mikrob-mikrob ini akan 
menghalang lumut, kulat dan bakteria patogen
(merbahaya) berkembang biak.



EM juga berfungsi menghilangkan bau busuk 
haiwan peliharaan, asap rokok dan bakteria penyebab bau busuk.

Ia dapat mengawal perkembangan aktiviti
tersebut melalui persaingan kompetitif 
sehingga keadaan pulih.



Sekitar kediaman

Dengan hanya menggunakan penyembur botol 
bersaiz kecil yang di isi dengan larutan EM (1:100),
ianya terus boleh digunakan untuk menghalang 
pembiakan bakteria patogen.



Dapur

EM (1:100) boleh digunakan membasuh sayur-sayuran,
ikan dan daging untuk menghilangkan bahan kimia serta
 EM (1:10) untuk nyah bau hanyir.

Juga boleh dijadikan Bokashi booster untuk menghasilkan 
baja dari sisa makanan dan sisa dapur.



Tong sampah

Bahan buangan dapur yang organik bolehlah 
disatukan kedalam satu karung plastik dan 
disembur EM (1:100) kedalam plastik serta 
tong sampah boleh menghilangkan bau busuk 
dan sampah itu boleh dijadikan ’Kompos Bokashi’ 
yang sesuai untuk membaja tanaman.



Plastik sampah itu mestilah diikat supaya kedap 
udara sebelum digunakan sebagai kompos tanaman.



Lantai seramik, marmar, simen, kayu dan lain-lain

Gunakan nisbah 1:500 air suam (30ºC) untuk membersihkan
 lantai-lantai tersebut. Bakteria merbahaya akan lenyap 
dan tidak akan membiak lagi jika kerap menggunakan larutan EM.



Lantai dan perabut kayu

Gunakan nisbah 1:500 larutan suam (30ºC) dan 
hendaklah dilap kering dengan segera.



Tandas dan peralatan

Gunakan larutan nisbah 1:50 jika keadaan
tandas dan peralatan terlalu kotor dan busuk. 
Tuangkan sedikit larutan ini kedalam mangkuk
 tandas, sinki serta kedalam tangki kumbahan. 
Larutan 1:500 untuk setiap kali membersihkannya.



Tangki simpanan air

Tuangkan larutan 1:500 sebanyak 1lt/100liter padu 
air supaya air simpanan dalam tangki akan jernih,
tiada kotoran serta bakteria merbahaya didalamnya.



Pakaian dan lain-lain

Semburan (1:100) pada kasut akan menghilangkan bau busuk.



Mandian

Masukkan larutan 1liter Emas kedalam setiap 
1000 liter air kolah/ telaga untuk mandian serta 
mencuci pakaian atau peralatan. Bakteria merbahaya 
atau bau busuk akan hilang. Jika lumur Emas kebadan
 orang yang badan berbau busuk jika panas dan berpeluh,
bakteria baik ini akan memakan sel-sel kulit mati dan 
menghalang pembiakan bakteria patogen/jahan. 
Kesannya bau busuk akan hilang.


Agen & Usahawan diperlukan
Hubungi Ainia Agrofarm
Email: ainiaagrofarm@gmail.com
FB /Instagram : Ainia Agrofarm
Ainia Agrofarm : www.wasap.my/60192566939



Comments